Ibrah Bau Gas di No. 17, Taman Muhibbah.
Bismillah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.
Pada hari itu, tidak semena-mena saya menerima mesej melalui FB daripada jiran belakang
rumah di Kajang, Raihan namanya.
"Salam kak Ina. Rumah kak Ina ada bau
gas. Auntie sebelah rumah cakap, dia siap bawa anjing suruh bau."
Walau ringkas mesej tersebut, sudah cukup buat hatiku mula tak
keruan. Ketika itu jam di Itali menunjukkan masa 1 petang manakala jam waktu Malaysia lebih kurang 7 malam. Saya sedang kelam kabut di dapur menyediakan makanan tengah hari tatkala suami pula sukar untuk diganggu kerana Solat Jemaah Jumaat. Pasti ada hikmah!
Dengan segera kuselit rasa syukur kepada Allah swt. Kerana
dengan izin-Nya telah menggerakkan hati jiran kami untuk terus menghubungi kami yang jauh
beribu-ribu batu. Siapa menyangka, baiknya jiran dan semakin sedar inilah fungsi mudahnya apabila ada
teknologi semasa.
Mahu dipendekkan cerita, sedang elok sebenarnya saya baru sahaja sampai di rumah. Selepas menghantar
dua (2) anakanda Soleh ke surau untuk bersolat Jumaat bersama abah mereka.
Belumpun lagi sempat mula memasak. Kebetulan lagi, hari ini adalah hari kebiasaan saya perlu menyediakan masakan lebih sedikit untuk rakan suami sekali. Dia berasal
dari Xhinjiang, antara ribuan Muslim Uighur yang sedang dinafikan hak mereka untuk
mengamalkan agama Islam di China. Saudara kami Abdul Rahman ini sudah habis tempoh tajaan
sejak 3 bulan yang lalu. Allahu'alam.
Mulut dan hati tidak berhenti mengadu bercakap dengan
Allah. "Mudahkanlah urusanku disini, mudahkanlah urusan penyewa kami,
selamatkanlah jiran kami, dan selamatkanlah rumah kami, Ya Allah. Bantulah kami
terhadap perkara yang kami tidak tahu, Ya Allah."
Bukan itu sahaja, tidak keruan memikirkan sempat siapkah makanan tengah hari? Cukupkah garam rasanya nanti? Dimanalah agaknya Baihaqi? Siapalah mahu dihubungi?
Akhirnya, dalam masa hanya 1 jam segalanya selesai dengan izin Allah swt. "Happy
ending". Pengajaran hari ini cukup berharga. Jarak walau beribu batu antara
Itali dan Kajang. Tidaklah mustahil rupanya. Janji Allah, "Kun fayakun". "Inna ma'al
'usriyusra". Apabila Allah kata jadi, maka tetap akan menjadi.
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti ada kemudahan.
Saya terlalu fanatik dan yakin, bekalnya tidak lain dan tidak bukan ialah usaha dan tawakkal. Apakah usaha saya ketika itu:
1) Segera bertindak! - Kebetulan Allah menjelmakan hanya sahabat saya, Cik Ly
yang sedang 'online'. Lalu, saya menulis mesej kepadanya mohon pertolongan untuk hubungi Baihaqi. Semasa itu,
tidak langsung terlintas difikiran saya untuk menggunakan whatsapp atau FB
terus ke Baihaqi. Kerana fikir saya akan melambatkan masa.
2) Mesti bertenang! - Terlupa betul ketika itu saya perlu membaca doa ditimpa
musibah. "Innalillahi wainna ilaihiroji'un. Allahumma ujurni fii musibatii wa akhliflii khairan minha". Sebaliknya, saya hanya membaca doa penggerak dan bismillah 5 sahaja.
Ditampung dengan bacaan Yaasin 9. Syukur kepada Allah, dan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya, Cik Ly. Dalam mesej-mesej beliau
mengingatkan untuk sama-sama bayangkan rumah kami agar selamat semasa
membaca yaasin 9. Saya tidak membaca sendirian. Hati tidak begitu tenang dek sambil hendak memasak tomyam. Lalu, saya ajak Kaklong Nawrah dan Ainul
untuk sama-sama bacakan dengan ummi. Sekali lagi syukur, anak-anak Syurga Ummi siap bacakan makna dan berulang-ulang. Allahu... (sebak rasa hati)
3) Teruskan Niat asal untuk memberi. (masak untuk tetamu
dan suami dengan sungguh-sungguh. Usah dirisau kepada entah apa-apa rasanya
nanti).
Tiba-tiba, terdengar bas berhenti. Dag, dig, dug. Jantung bergetar. Ku intai jendela. Kelihatan kelibat sosok tubuh orang dewasa hanya seorang dan lagi dua budak kecil comel. Allahu Allah, terasa syukur pada-Mu lagi ya Allah. Rupanya hanya bertiga beranak turun daripada bas. Eh, mana
lagi? Rupa-rupanya, Abdul Rahman tidak jadi datang kerana ada hal.
Masha Allah. Subhanallah, Allahu Akbar! Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik.
Alhamdulillah, Suami sambung bermesej dengan Baihaqi. Kami terima mesej berbunyi,
"Jangan risau abang, sudah selesai. Adik-adik dari kampus tolong pergi tengok.
Kebetulan kunci pendua kami serah kepada mereka jika ada hal penting." (Oh ya, terlupa pula tadi. Untuk makluman adik yang menyewa rumah kami sedang berada di kampung mereka di Kelantan kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi pertama dan sedang dalam berpantang.)
Masha Allah, Tabarakallah, memang kami tidak pernah rasa rugi berada dikalangan sahabat-sahabat wangi syurgawi ini.
Bestkan jalan cerita yang Allah aturkan?
Allah menguji dan Dia beri duga. Setiap dugaan membawa
nikmat tersendiri. Bukan untuk melemahkan kita, namun untuk melihat
sejauh mana kita memberi respon apabila diuji. Seperti kata Prof. Muhaya dalam slotnya di Radio IKIM.fm; "Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku kepada kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana respon kita terhadap apa yang berlaku." (credit to Kak Asirah atas perkongsian ini di whatsapp).
Kadang-kala, kita
manusia hanya mampu berkata-kata, namun apabila diuji berubah ibarat
cacing kepanasan. Hilang kawalan diri. Lebih dirisaukan, hilang
kebergantungan kepada Allah dan bersangka yang tidak-tidak dibawah paras sedar. Na'uzubillah, Astaghfirullah.
Lalu, berbisiklah pada diri sendiri dengan sesungguh hati dan perasaan, dan berdoa kepada Allah swt:
"Maha Suci Engkau ya Allah, Segala Pujian hanya untuk
Engkau ya Allah, ampuni diri kami, kami datang ke sini semata-mata
kerana-Mu, kami sewakan rumah kami semata-mata kerana-Mu, tanpa mahu
membebankan sesiapa, kami berusaha untuk mudah-memudahkan sesama insani,
lindungilah diri kami sekeluarga dan mereka yang baik soleh
disekeliling kami, permudahkan kami, ampunilah kami."
Akhirnya, kesusahan, dugaan atau cabaran bertukar menjadi
satu pengalaman yang memberi pengajaran, betapa besarnya limpah kasih dan
esanya Allah swt. Segala-galanya terletak di atas kepercayaan dan
keyakinan kepada yang Maha Satu!
********
Sudahnya, kami makan tengah hari dengan tenang berlaukkan Tomyam
Campur yang sedap (encik suami yang menilai), telur dadar goreng, nasi
putih minyak zaitun, ceria, lega dan syukur.
Terima kasih banyak-banyakbuat Haslaily, Baihaqi, Nadhira, adik-adik kampus (siapalah agaknya),
juga tak dilupa asbab kebaikan dan prihatin Auntie jiran sebelah rumah berbangsa Cina dan Raihan jiran belakang rumah. Mohon untuk sama-sama doakan untuk Raihan bakal selamat melahirkan anak
bulan hadapan. Raihan mengandung kali kedua. Anak yang pertama tidak
sempat lama dalam dakapan ayah bonda, sudah dijemput Allah ke syurga.
Bertahun-tahun juga mereka menanti cahayamata.
Begitulah, serba ringkas perkongsian Ibrah dihari Jumaat
yang Mulia ini. Setiap peristiwa sentiasa membawa sesuatu pelajaran dan
pengajaran. Kita sentiasa akan belajar, belajar dan belajar.
Taqabalallahu minna waminkum.
~Bukan sekadar Baiti Jannati~
Perkongsian ikhlas min Italy,
Ummu Mar'ie @MYNA.
12 Syawal 1435H
8 Ogos 2014M