Rambut dan Bersalam.
“Kenapa
Asyik pakai tudung je?” Soal Najiha sepupu saya. Saya fikir, barangkali dia
baru ada kesempatan untuk bertanya. Mungkin selepas memerhatikan saya bertudung
setiap kali pulang ke kampung. Akhirnya, Najiha nekad bertanya semasa saya
bercuti beraya di kampung suami baru-baru ini.
Saya
hanya tersenyum tanpa sempat memikirkan ayat yang baik lalu
spontan menjawab, “Kena tutuplah, rambutkan aurat kita.”
“Bukankah
Kak Zie di dalam rumah, kenapa perlu pakai tudung juga?” Najiha masih keliru.
Daripada soalan ini, dapat saya simpulkan pemahaman asasnya berkaitan aurat
hanya perlu ditutup apabila berada di luar rumah sahaja. Saya tidak salahkan
Najiha kerana dia baru berusia 9 tahun, tetapi agak risau juga sekiranya tidak
diperbetulkan kefahamannya, salah tanggapan itu akan dibawa sehingga ke dewasa.
Saya
cuba memberi lagi penjelasan kepada Najiha, “Walaupun kita sudah berada di
dalam rumah, tetapi masih ada mereka yang bukan muhrim bersama kita. Kita wajib
untuk tutup aurat kita tau.” Sambil kami membilang dan menyenaraikan beberapa
nama ipar, biras dan pakcik-pakcik sebagai contoh.
“Kenapa
nak tidur pun kena pakai tudung?” Soalan makin rumit untuk dijelaskan.
Rumah
kampung mertua di Kedah hanya ada satu bilik. Apabila ramai yang pulang ke
kampung dan saudara-mara berkumpul untuk bermalam bersama, ruang tamu akan
penuh dengan hamparan toto dan semuanya berpakat tidur di luar secara berjemaah.
Selalunya saya seboleh mungkin akan cuba tidur di dalam bilik, bukan kerana
mahukan keselesaan tilam dan kipas, tetapi lebih kepada mahu menjaga aurat.
Apakan daya kadangkala terpaksa juga bergilir, maka tidurlah dengan memakai
tudung dan pakaian yang agak sempurna.
Kakak
Najiha, Natasha dari tadi kelihatan memerhati akan perbualan kami. Saya berharap
agar penjelasan berkenaan aurat sekurang-kurangnya difahami oleh Natasha yang telah
berusia 12 tahun. Dengan izin Allah jua.
Saya
teringat akan kata-kata seorang bekas pelajar tingkatan 3 MRSM Taiping yang
mendapat keputusan cemerlang pada PMR dan akan ke MRSM Pengkalan Hulu untuk
program khas. Sebelum berpisah dia telah datang berjumpa dengan saya dan
berkata,”Terima Kasih cikgu kerana menjadi idola saya. Cikgulah inspirasi saya
untuk memakai tudung labuh. Apa sahaja gaya cikgu nampak comel je.” Walaupun mahu
tersedak rasanya apabila mendengar pujian melambung sebegitu, segera saya
mengucapkan ucapan Astaghfirullah, agar Allah ampuni dosa saya jika saya
terbabas muncul riak. Na’uzubillah.
Harapan
saya biarlah ianya menjadi salah satu dakwah ‘bil hal’ iaitu dakwah melalui
perbuatan. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kecil ini sebagai amal baik bekalan
untuk saya di akhirat kelak. Tiba-tiba,
teringat pula perbualan saya dengan biras dan adik ipar, yang saya tidak akan
bersalam serta akan memakai tudung di rumah. Hal ini bagi mengelakkan suami saya
menanggung dosa dek kerana kesilapan saya.
Saya
sangat sayangkan suami saya dan saya hanya mahukan dia masuk ke syurga Allah
tanpa ‘hijab’. Makanya saya akan sedaya upaya menjaga aurat dan batasan
pergaulan semasa bersama keluarga besar. Diharapkan penjelasan saya ini dapat
memberi pencerahan sekaligus memohon agar Allah membuka hati sesiapa sahaja
yang mahu mencari keredhaan-Nya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pakcik-pakcik
dan sepupu sudah faham keadaan saya dan tidak menghulurkan salam apabila
berjumpa. Baik bertemu semasa hari raya ataupun di masa-masa yang lain.
Astaghfirullah,
Subhanallah, Allahu Akbar. Cerita pendek ini, saya nukilkan tanpa mahu
mengguriskan hati siapa-siapa jauh sekali mahu wujudkan sengketa. Anggaplah ianya sekadar amanah seorang ‘da’ie
kecil‘ daripada yang Esa sebagai usaha. Biarlah hasil atau impaknya, besar atau
kecil ditentukan oleh Allah swt. Sungguh saya tiada daya upaya melainkan dengan
izin-Nya. Saya sentiasa ingat akan kata-kata kakak usrah saya, “Ingatlah yang
Allah tidak melihat banyaknya kejayaan yang kamu capai, tetapi Allah akan bertanya
apakah usaha yang kamu telah perbuat?”
Allah ada berfirman yang bermaksud,
"Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani."
(Surah al-Ahzab 33:59)
Sebagai tambahan boleh juga dirujuk Surah an-Nur 24:31 dan Surah al-A'raf 7:26 berkaitan dengan saranan daripada Allah SWT tentang aurat.
Allahu'alam.
Penulis Asal: Noor Azura
Editor: Ummu Mar'ie @MYNA
***********************************
Dek masih dalam mood berhari raya, mari kita lihat tujuh (7) saranan yang baik ini dari seorang hamba Allah. Didoakan pahala berganda buat beliau atas perkongsian ilmu ini! Sumber asal
di sini
Tujuh Amalan Yang Patut Dihindar Ketika Berhari Raya
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
~anamusafirminitaly~
Ummu Mar'ie @MYNA
9 Syawal 1435H
No comments:
Post a Comment