Tujuan Menulis

Tujuan menulis mahu merebut redha Allah dan redhanya suami. Selain itu,mahu meneladani saranannya as-syahid Syed Qutb yang berbunyi,"Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan dapat menembusi ribuan malah jutaan kepala."

Mudah-mudahan, travelog ini mampu menjadi perintis kepada budaya mengarang berbentuk travelog di kalangan Wanita Melayu khususnya. Kerna kita wanita mampu menggoncangkan dunia, hanya melalui tulisan. Ini MISI saya, biizni Allahu ta'ala.

Mudah-mudahan juga, perkongsian travelog pengalaman ini mampu menjadi asbab kepada seseorang, alangkah nikmatnya dan indahnya hidup apabila mengamalkan Agama. Doakan VISI saya ini berjaya. Terima kasih.

Selamat membaca dan selamat berkongsi rasa.

Monday 31 March 2014

Tips to be a Writer

(untuk panduan diri-sendiri)

Tips for those who loved to be a writer (new starter).

1) The purpose of sharing is not for perfection. Is just for the sake of SHARING!

2) For a start, perfection is less priority. Momentum to share and write will be the priority!



Credit to my lovely Senior SMSTJ/UNITEN, Puan Azliza Azrah Zakaria. (*_*)



Kesimpulan yang boleh saya simpulkan dari 'keypoint' di atas:
1st steps, 'Purpose driven' saya sekarang ialah 'write & share' apa-apa sahaja yang datang dari 'suara hati'. Saya perlu ingatkan diri, tapis dulu tulisan saya dengan rasa merendah diri (hinanya saya dek banyak dosa) dan tunduk sujud hanya kepada Allah swt yang memberi ilham. Selepas selesai, saya akan tekan 'post' perkongsian saya itu. Biizni Allahu ta'ala, didoakan dengan cara ini, saya akan sentiasa diluruskan hati oleh Allah jika ada bengkang-bengkoknya. A'uzubillahi minassyaitonirrojiim...


2nd steps, from the purpose driven is how to make a perfectness of the writing. I am too glad and feel honor, if all of you could be my teacher. (*_*)


"Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan dapat menembusi ribuan malah jutaan kepala."
-as syahid Syed Qutb-


Allahu Allah, apabila mati dan meninggalkan alam ini kelak, yang hanya kekal sebagai amal jariah hanyalah Ilmu (tulisan) bermanfaat yang ditinggalkan lalu orang lain mengamalkannya.


"Beruntung seseorang yang meninggalkan sesuatu yang bermanfaat semasa hayatnya. Walau beratus tahun, ilmu itu terus berlegar dan dimanfaatkan. Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya."
(Hadis Riwayat Muslim)


Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Sesungguhnya diantara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan. sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai, dan harta yang disedekahkannya."
(Hadis Riwaya Ibnu Majah)


Masha Allah Tabarakallah..

Semoga bermanfaat...

Allahu'alam.
Allahummasolli'ala Muhammad.

 ~anamusafirminitaly~

Ummu Mar'ie@MYNA