Tujuan Menulis

Tujuan menulis mahu merebut redha Allah dan redhanya suami. Selain itu,mahu meneladani saranannya as-syahid Syed Qutb yang berbunyi,"Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan dapat menembusi ribuan malah jutaan kepala."

Mudah-mudahan, travelog ini mampu menjadi perintis kepada budaya mengarang berbentuk travelog di kalangan Wanita Melayu khususnya. Kerna kita wanita mampu menggoncangkan dunia, hanya melalui tulisan. Ini MISI saya, biizni Allahu ta'ala.

Mudah-mudahan juga, perkongsian travelog pengalaman ini mampu menjadi asbab kepada seseorang, alangkah nikmatnya dan indahnya hidup apabila mengamalkan Agama. Doakan VISI saya ini berjaya. Terima kasih.

Selamat membaca dan selamat berkongsi rasa.

Wednesday 1 October 2014

Doa Rabitah- Doa Kasih Sayang - Doa Kukuh Iman

Photo 1: in Arabic

Photo 2: The Translation

Do'a Mahabbah (love)

Salam 7 Dzulhijjah 1435H.
Lets remember to read this Do'a Rabitah everyday at 10pm.
And imagine each of our parents, our husband/wife, childrens, our siblings and our sahabats. (*_*)

Happy Birthday, Sanah Helwah, Selamat Hari Lahir, tanti Auguri to:

1) Paksu Hakim Ali, 29 September.
2) Arwah Abah Yahayudin, 2 October 1953 
(Jika abah masih ada, beliau telah berusia 61 tahun. Kini Abah telah 3 tahun meninggalkan kami. al- Fatihah)
3) Nawwaratul (Nawrah), 3 October.

Allahu'alam.
"Ballighuu 'annii walau aayat"
(HR Bukhari)

Ummu Mar'ie @MYNA

Tuesday 12 August 2014

Selamat Hari Lahir si Adik Bongsu.

Dedikasi istimewa
Warkah untuk Adik-adik Kak (^_^)


Coretan imbau kenangan lalu khusus buat adik bongsu Kak Ina.

Assalamualaikum adik kak yang Soleh Muhammad Sharifuddin Yahayudin, teringat sangat-sangat semasa adik lahir, mak dan abah benarkan kak pilih nama untuk adik. Nama adik, kak Ina yang cari ilham dari Allah jua. Zaman budak-budak masih berhingus, ada hati mahu pilih nama-nama yang best dan baik untuk adik yang bakal lahir. (hihi). Inilah hasil kesan daripada tarbiyah dan Usrah Ustazah Maznah di asrama kami. Semasa itu syukur dan rasa seronok sangat Allah sahaja yang tahu, inilah permulaan sejarah namamu. (^_^)

Adik lahir, kak masih di Asrama di Kuala Pilah. Belum ada peluang cuti sekolah. Kak Ina masih ingat selepas adik lahir seminggu, kak baru tahu. Kak tak sabar, hari itu, duit syiling hasil kumpul sedikit-sedikit, terus kak guna untuk telefon mak dikampung. 

Sebelum itu, mahu imbau sedikit kenangan. Masih segar diingatan kak, dalam asrama putri ada 2 'public phone' yang lekat di dinding lorong di mana kami pelajar puteri selalu lalu disitu. Dari dewan makan ke asrama. Kadang-kadang satu sahaja telefon yang berfungsi elok. Selalunya, Kak Ina pilih untuk telefon di waktu malam kerana kadar caj lebih murah berbanding waktu siang. Almaklum Perak - Negeri Sembilan. 

Namun begitu, selalunya malang buat Kak Ina. Giliran sangat panjang, penuh dan jarang ada peluang untuk guna. Aduhailah, bertambah malas jadinya mahu turun naik tangga dari tingkat tiga! Letih juga dibuatnya. Selalunya, ralat hati dek ada antaranya bergayut berjam-jam bukan menelefon ahli keluargapun! Akhirnya, sebulan sekali atau maksimum dua kali kak akan berusaha menelefon mak. Itulah, apabila manusia tidak pandai menghargai masa dan menghormati keperluan orang lain yang memerlukan. Allahu'alam.

Keting..Keting.. Satu-persatu kak masukkan duit syiling hingga satu ringgit. Hari itu, Kak Ina memang tidak sabar tunggu waktu malam. Nekad telefon juga kampung, syukur Alhamdulillah dapat bercakap dengan mak.  Kata mak sudah selamat bersalinkan adik seminggu yang lalu. Semasa itu ada juga rajuk dihati, sudah seminggu baru kak dapat tahu. Tapi, tak mengapa, zaman dulu tahun 1996, mana ada 'handphone'. Dan Kak Inapun faham keluarga kita sukar dan sulit mahu telefon ke pejabat sekolah. Justeru, malang benar bagi anak-anak zaman sekarang yang sudah ada telefon di tangan (cangih-manggih pula tu), masih tidak mahu dan malas telefon mak dan abah mereka. Allahu'alam.

Hmm, seingatnya tahun itu Kak Ina akan tempoh PMR. Rajuk hanya tinggal kenangan. Syukur sudah lama pulih. (Astaghfirullah, ampuni dosaku Ya Allah). Dipendekkan cerita, penantian kami semua termasuklah  Kak Ina yang jauh beratus kilometer berakhir. Mak selamat melahirkan adik kami yang comel dan sihat sempurna. Memang inilah rezeki terakhir kami yang Allah tentukan. Mak tidak mengandung lagi. Maknanya adiklah anak bongsu mak dan abah. (Best ke jadi bongsu? hihi) 

Mak dan abah tatang adik ibarat minyak yang penuh. Lagilah, adik beradik yang lain. Digomol, dicium, didukung. Allahu, bertuah adik-adik yang lain yang tinggal dirumah semasa itu (cemburulah tu!(^_^). Mana tidak cemburu, 4 adik-adik yang lain semasa mereka lahir, Kak Ina belum lagi ke asrama. Hanya dengan adik Sharifuddin, Kak Ina tidak dapat melihat dan menolong mak jaga adik lama-lama. Comel dan indahnya kalau dimbas semula segala kenangan kan? Ini baru daripada satu kepala. Kalau kita semua dapat berkumpul semula, dan minta masing-masing keluarkan kenangan, boleh buat satu buku cerita kita satu keluarga kan? (Perasan dah mai dah!)

Lagi kenangan Kak Ina nak imbau, semasa mak berpantang, Abahlah orang yang paling sibuk. Kak Ina semasa ini sangat seronok, sebabnya dapat lihat sendiri mithalinya abah kita. Pernah abah bercuti untuk jaga mak kalau tak silap kak. Nampak, Abah sungguh-sungguh jaga mak semasa pantang. Ada satu hari, abah bawa Kak Ina dan adik-adik lain pergi ke sungai di kampung Atok (Tak ingat adik yang mana). 'Menyelam sambil minum air'. Kami seronok dapat mandi sungai, Abah pula sibuk basuh lampin bayi. Yang berak, yang kencing, semua mudah. Abah kocak-kocak dalam air sungai, gonyoh-gonyoh dengan sabun cap kapak dan bilas, selepas itu selesai. Allahu bahagianya saat itu. 

Abah bukan setakat membasuh, abah pernah memasak. Walau sekali-sekala sahaja Abah masak, Kak Ina tahu masakan Abah memang sedap dan itulah yang selalu kak nantikan. Lagi satu, mahu lihat betapa sayangnya abah kepada anak-anak dia, apabila suatu hari kak tersilap main-main gunting bulu mata adik. Allahu, sudah tidak ingat bulu mata siapalah yang jadi mangsa. Geram sangat tengok bulu mata adik cantik.
Tak semena-mena, punyalah kreatif, ambil gunting, gunting. "Ya Allah! Apa kak buat kat adik?" Abah memang berang masa itu. Berdosa sangat bila dikenang. Aduhai, akhirnya segalanya menjadi kenangan terindah. bulu mata adik makin tumbuh cantik. (Siapalah yang perasan nanti (^_^)). Cukuplah dulu kenangan-kenangan itu. Sampai masa yang sesuai akan dibongkar semula dengan Izin Allah.

Berbalik kepada adik Kak Ina Sharifuddin. Untuk makluman adik, kalau tak silap kak semasa adik lahir, kami dua atau nama untuk adik. Arwah Abah ada pilih nama Muhammad Izzuddin (kalau kak tak silap). Tapi, sangat baik dan mulianya hati mak (kak rasa mak pujuk arwah abah kita kut :). Kak Ina ada merayu pada mak sejak mak sedang mengandung lagi. lebih kurang macam ni kak kata, "Mak, nanti kalau adik lahir, Mak bagi Kak Ina pilihkan nama untuk adik ya. Kak Ina rindu dan sayang nak tengok adik. Kak Ina duduk jauh, tak dapat nak tengok adik selalu."(huhuhu, sedihkan?)

Akhirnya, tercetuslah nama MUHAMMAD SHARIFUDDIN BIN YAHAYUDIN. Begitulah alkisah sejarah namamu 18 tahun yang lalu. Kak Ina doakan akhlakmu semulia namamu, dipanjang umur dengan penuh berkah Allah, dimudahkan Allah menuntut ilmu yang baik penuh di dada, dimurahkan rezeki dan tercapai apa jua azam yang baik di masa hadapan. Selamat Hari Lahir, adik. Jadi anak yang Soleh, jadilah adik yang baik. Doa juga buat arwah Abah. Al-Fatihah...

Nota: Nak beri kredit kepada nama-nama, insan-insan yang disebut dalam tulisan ini, didoakan Allah sentiasa memelihara dan mempermudahkan segala urusan sehari-hari mereka. Aamiin, aamiin, Ya Robb.

Yang ikhlas, 
Kak Ina si Kakak Sulung yang jauh diperantauan sebagai tanda ingatan kekal abadi hingga akhir nyawa.

~coretanmusafirminitaly~
Ummu Mar'ie @MYNA
12 Ogos 2014 



Friday 8 August 2014

Travelog Famili: Ibrah Bau Gas

Ibrah Bau Gas di No. 17, Taman Muhibbah.

Bismillah, Subhanallah, Allahu Akbar.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.

Pada hari itu, tidak semena-mena saya menerima mesej melalui FB daripada jiran belakang rumah di Kajang, Raihan namanya. 

"Salam kak Ina. Rumah kak Ina ada bau gas. Auntie sebelah rumah cakap, dia siap bawa anjing suruh bau."

Walau ringkas mesej tersebut, sudah cukup buat hatiku mula tak keruan. Ketika itu jam di Itali menunjukkan masa 1 petang manakala jam waktu Malaysia lebih kurang 7 malam. Saya sedang kelam kabut di dapur menyediakan makanan tengah hari tatkala suami pula sukar untuk diganggu kerana Solat Jemaah Jumaat. Pasti ada hikmah!

Dengan segera kuselit rasa syukur kepada Allah swt. Kerana dengan izin-Nya telah menggerakkan hati jiran kami untuk terus menghubungi kami yang jauh beribu-ribu batu. Siapa menyangka, baiknya jiran dan semakin sedar inilah fungsi  mudahnya apabila ada teknologi semasa.
 
Mahu dipendekkan cerita, sedang elok sebenarnya saya baru sahaja sampai di rumah. Selepas menghantar dua (2) anakanda Soleh ke surau untuk bersolat Jumaat bersama abah mereka. Belumpun lagi sempat mula memasak. Kebetulan lagi, hari ini adalah hari kebiasaan saya perlu menyediakan masakan lebih sedikit untuk rakan suami sekali. Dia berasal dari Xhinjiang, antara ribuan Muslim Uighur yang sedang dinafikan hak mereka untuk mengamalkan agama Islam di China. Saudara kami Abdul Rahman ini sudah habis tempoh tajaan sejak 3 bulan yang lalu. Allahu'alam.

Mulut dan hati tidak berhenti mengadu bercakap dengan Allah. "Mudahkanlah urusanku disini, mudahkanlah urusan penyewa kami, selamatkanlah jiran kami, dan selamatkanlah rumah kami, Ya Allah. Bantulah kami terhadap perkara yang kami tidak tahu, Ya Allah."

Bukan itu sahaja, tidak keruan memikirkan sempat siapkah makanan tengah hari? Cukupkah garam rasanya nanti? Dimanalah agaknya Baihaqi? Siapalah mahu dihubungi? 

Akhirnya, dalam masa hanya 1 jam segalanya selesai dengan izin Allah swt. "Happy ending". Pengajaran hari ini cukup berharga. Jarak walau beribu batu antara Itali dan Kajang. Tidaklah mustahil rupanya. Janji Allah, "Kun fayakun". "Inna ma'al 'usriyusra". Apabila Allah kata jadi, maka tetap akan menjadi. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti ada kemudahan. 

Saya terlalu fanatik dan yakin, bekalnya tidak lain dan tidak bukan ialah usaha dan tawakkal. Apakah usaha saya ketika itu:

1) Segera bertindak! - Kebetulan Allah menjelmakan hanya sahabat saya, Cik Ly yang sedang 'online'. Lalu, saya menulis mesej kepadanya mohon pertolongan untuk hubungi Baihaqi. Semasa itu, tidak langsung terlintas difikiran saya untuk menggunakan whatsapp atau FB terus ke Baihaqi. Kerana fikir saya akan melambatkan masa.

2) Mesti bertenang! - Terlupa betul ketika itu saya perlu membaca doa ditimpa musibah. "Innalillahi wainna ilaihiroji'un. Allahumma ujurni fii musibatii wa akhliflii khairan minha". Sebaliknya, saya hanya  membaca doa penggerak dan bismillah 5 sahaja. Ditampung dengan bacaan Yaasin 9. Syukur kepada Allah, dan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat saya, Cik Ly. Dalam mesej-mesej beliau mengingatkan untuk sama-sama bayangkan rumah kami agar selamat semasa membaca yaasin 9. Saya tidak membaca sendirian. Hati tidak begitu tenang dek sambil hendak memasak tomyam. Lalu, saya ajak Kaklong Nawrah dan Ainul untuk sama-sama bacakan dengan ummi. Sekali lagi syukur, anak-anak Syurga Ummi siap bacakan makna dan berulang-ulang. Allahu... (sebak rasa hati)

3) Teruskan Niat asal untuk memberi. (masak untuk tetamu dan suami dengan sungguh-sungguh. Usah dirisau kepada entah apa-apa rasanya nanti).

Tiba-tiba, terdengar bas berhenti. Dag, dig, dug. Jantung bergetar. Ku intai jendela. Kelihatan kelibat sosok tubuh orang dewasa hanya seorang dan lagi dua budak kecil comel. Allahu Allah, terasa syukur pada-Mu lagi ya Allah. Rupanya hanya bertiga beranak turun daripada bas. Eh, mana lagi? Rupa-rupanya, Abdul Rahman tidak jadi datang kerana ada hal.

Masha Allah. Subhanallah, Allahu Akbar! Kita merancang, Allah jua merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. 

Alhamdulillah, Suami sambung bermesej dengan Baihaqi. Kami terima mesej berbunyi, "Jangan risau abang, sudah selesai. Adik-adik dari kampus tolong pergi tengok. Kebetulan kunci pendua kami serah kepada mereka jika ada hal penting." (Oh ya, terlupa pula tadi. Untuk makluman adik yang menyewa rumah kami sedang berada di kampung mereka di Kelantan kerana isterinya telah selamat melahirkan bayi pertama dan sedang dalam berpantang.)

Masha Allah, Tabarakallah, memang kami tidak pernah rasa rugi berada dikalangan sahabat-sahabat wangi syurgawi ini. 

Bestkan jalan cerita yang Allah aturkan?
Allah menguji dan Dia beri duga. Setiap dugaan membawa nikmat tersendiri. Bukan untuk melemahkan kita, namun untuk melihat sejauh mana kita memberi respon apabila diuji. Seperti kata Prof. Muhaya dalam slotnya di Radio IKIM.fm; "Kita tidak boleh mengawal apa yang berlaku kepada kita, tetapi kita boleh kawal bagaimana respon kita terhadap apa yang berlaku." (credit to Kak Asirah atas perkongsian ini di whatsapp).

Kadang-kala, kita manusia hanya mampu berkata-kata, namun apabila diuji berubah ibarat cacing kepanasan. Hilang kawalan diri. Lebih dirisaukan, hilang kebergantungan kepada Allah dan bersangka yang tidak-tidak dibawah paras sedar. Na'uzubillah, Astaghfirullah.

Lalu, berbisiklah pada diri sendiri dengan sesungguh hati dan perasaan, dan berdoa kepada Allah swt:
"Maha Suci Engkau ya Allah, Segala Pujian hanya untuk Engkau ya Allah, ampuni diri kami, kami datang ke sini semata-mata kerana-Mu, kami sewakan rumah kami semata-mata kerana-Mu, tanpa mahu membebankan sesiapa, kami berusaha untuk mudah-memudahkan sesama insani, lindungilah diri kami sekeluarga dan mereka yang baik soleh disekeliling kami, permudahkan kami, ampunilah kami."

Akhirnya, kesusahan, dugaan atau cabaran bertukar menjadi satu pengalaman yang memberi pengajaran, betapa besarnya limpah kasih dan esanya Allah swt. Segala-galanya terletak di atas kepercayaan dan keyakinan kepada yang Maha Satu!
********
Sudahnya, kami makan tengah hari dengan tenang berlaukkan Tomyam Campur yang sedap (encik suami yang menilai), telur dadar goreng, nasi putih minyak zaitun, ceria, lega dan syukur.
Terima kasih banyak-banyakbuat Haslaily, Baihaqi, Nadhira, adik-adik kampus (siapalah agaknya), juga tak dilupa asbab kebaikan dan prihatin Auntie jiran sebelah rumah berbangsa Cina dan Raihan jiran belakang rumah. Mohon untuk sama-sama doakan untuk Raihan bakal selamat melahirkan anak bulan hadapan. Raihan mengandung kali kedua. Anak yang pertama tidak sempat lama dalam dakapan ayah bonda, sudah dijemput Allah ke syurga. Bertahun-tahun juga mereka menanti cahayamata.  
Begitulah, serba ringkas perkongsian Ibrah dihari Jumaat yang Mulia ini. Setiap peristiwa sentiasa membawa sesuatu pelajaran dan pengajaran. Kita sentiasa akan belajar, belajar dan belajar.
Taqabalallahu minna waminkum.

~Bukan sekadar Baiti Jannati~
Perkongsian ikhlas min Italy, 
Ummu Mar'ie @MYNA.
12 Syawal 1435H
8 Ogos 2014M

Tuesday 5 August 2014

CERPEN: HIJAB

Rambut dan Bersalam.

“Kenapa Asyik pakai tudung je?” Soal Najiha sepupu saya. Saya fikir, barangkali dia baru ada kesempatan untuk bertanya. Mungkin selepas memerhatikan saya bertudung setiap kali pulang ke kampung. Akhirnya, Najiha nekad bertanya semasa saya bercuti beraya di kampung suami baru-baru ini. 
Saya hanya tersenyum tanpa sempat memikirkan ayat yang baik lalu spontan menjawab, “Kena tutuplah, rambutkan aurat kita.” 
“Bukankah Kak Zie di dalam rumah, kenapa perlu pakai tudung juga?” Najiha masih keliru. 

Daripada soalan ini, dapat saya simpulkan pemahaman asasnya berkaitan aurat hanya perlu ditutup apabila berada di luar rumah sahaja. Saya tidak salahkan Najiha kerana dia baru berusia 9 tahun, tetapi agak risau juga sekiranya tidak diperbetulkan kefahamannya, salah tanggapan itu akan dibawa sehingga ke dewasa.
Saya cuba memberi lagi penjelasan kepada Najiha, “Walaupun kita sudah berada di dalam rumah, tetapi masih ada mereka yang bukan muhrim bersama kita. Kita wajib untuk tutup aurat kita tau.” Sambil kami membilang dan menyenaraikan beberapa nama ipar, biras dan pakcik-pakcik sebagai contoh. 
“Kenapa nak tidur pun kena pakai tudung?” Soalan makin rumit untuk dijelaskan. 
Rumah kampung mertua di Kedah hanya ada satu bilik. Apabila ramai yang pulang ke kampung dan saudara-mara berkumpul untuk bermalam bersama, ruang tamu akan penuh dengan hamparan toto dan semuanya berpakat tidur di luar secara berjemaah. Selalunya saya seboleh mungkin akan cuba tidur di dalam bilik, bukan kerana mahukan keselesaan tilam dan kipas, tetapi lebih kepada mahu menjaga aurat. Apakan daya kadangkala terpaksa juga bergilir, maka tidurlah dengan memakai tudung dan pakaian yang agak sempurna.
Kakak Najiha, Natasha dari tadi kelihatan memerhati akan perbualan kami. Saya berharap agar penjelasan berkenaan aurat sekurang-kurangnya difahami oleh Natasha yang telah berusia 12 tahun. Dengan izin Allah jua.
Saya teringat akan kata-kata seorang bekas pelajar tingkatan 3 MRSM Taiping yang mendapat keputusan cemerlang pada PMR dan akan ke MRSM Pengkalan Hulu untuk program khas. Sebelum berpisah dia telah datang berjumpa dengan saya dan berkata,”Terima Kasih cikgu kerana menjadi idola saya. Cikgulah inspirasi saya untuk memakai tudung labuh. Apa sahaja gaya cikgu nampak comel je.” Walaupun mahu tersedak rasanya apabila mendengar pujian melambung sebegitu, segera saya mengucapkan ucapan Astaghfirullah, agar Allah ampuni dosa saya jika saya terbabas muncul riak. Na’uzubillah. 
 
Harapan saya biarlah ianya menjadi salah satu dakwah ‘bil hal’ iaitu dakwah melalui perbuatan. Mudah-mudahan Allah menerima amalan kecil ini sebagai amal baik bekalan untuk saya di akhirat  kelak. Tiba-tiba, teringat pula perbualan saya dengan biras dan adik ipar, yang saya tidak akan bersalam serta akan memakai tudung di rumah. Hal ini bagi mengelakkan suami saya menanggung dosa dek kerana kesilapan saya. 
Saya sangat sayangkan suami saya dan saya hanya mahukan dia masuk ke syurga Allah tanpa ‘hijab’. Makanya saya akan sedaya upaya menjaga aurat dan batasan pergaulan semasa bersama keluarga besar. Diharapkan penjelasan saya ini dapat memberi pencerahan sekaligus memohon agar Allah membuka hati sesiapa sahaja yang mahu mencari keredhaan-Nya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, pakcik-pakcik dan sepupu sudah faham keadaan saya dan tidak menghulurkan salam apabila berjumpa. Baik bertemu semasa hari raya ataupun di masa-masa yang lain. 
Astaghfirullah, Subhanallah, Allahu Akbar. Cerita pendek ini, saya nukilkan tanpa mahu mengguriskan hati siapa-siapa jauh sekali mahu wujudkan sengketa. Anggaplah ianya sekadar amanah seorang ‘da’ie kecil‘ daripada yang Esa sebagai usaha. Biarlah hasil atau impaknya, besar atau kecil ditentukan oleh Allah swt. Sungguh saya tiada daya upaya melainkan dengan izin-Nya. Saya sentiasa ingat akan kata-kata kakak usrah saya, “Ingatlah yang Allah tidak melihat banyaknya kejayaan yang kamu capai, tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang kamu telah perbuat?”

Allah ada berfirman yang bermaksud, 

 "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Ahzab 33:59) 

Sebagai tambahan boleh juga dirujuk Surah an-Nur 24:31 dan Surah al-A'raf 7:26 berkaitan dengan saranan daripada Allah SWT tentang aurat.

Allahu'alam. 

Penulis Asal: Noor Azura
Editor: Ummu Mar'ie @MYNA

***********************************
Dek masih dalam mood berhari raya, mari kita lihat tujuh (7) saranan yang baik ini dari seorang hamba Allah. Didoakan pahala berganda buat beliau atas perkongsian ilmu ini! Sumber asal di sini

Tujuh Amalan Yang Patut Dihindar Ketika Berhari Raya

(1)


(2)

(3) 
 (4)

(5) 
 (6)

(7) 

 

~anamusafirminitaly~ 
Ummu Mar'ie @MYNA
9 Syawal 1435H

Sunday 13 July 2014

Ubah diri sendiri. Its all about you and me!

Please see this video too! (klik pada tajuk)

To erase all misconceptions about Islam to non-Muslims, we must start with ourselves. Show to them: WHAT IS ISLAM ALL ABOUT? and HOW THE WAY OF LIFE AS A MUSLIM?

Please take the advantage of the month of Ramadhan. Because this month is the month of Da'wah (Spread the beautiful message of Islam to those who are not yet Muslim).

Another important point that we need to look at! Dear my fellow Muslims, please being unite, unite and unite! In the name of one God, in the name of the one language (Arabic), and in the name of one Book (Al Quran)!

God (Allah) will bless all of us even for a small contribution! Spread this message if you think this beneficial to our Ummah. aamiin.

********************************************

Untuk padamkan segala salah faham tentang Orang Islam kepada mereka yang bukan Islam, kita wajib memulakan dengan diri kita sendiri. Tunjukkanlah kepada mereka yang bukan Islam di sekeliling kita, Islam itu apa dan Orang Islam itu bagaimana?

Rebutlah peluang di dalam bulan Ramadhan ini. Kerana Bulan ini adalah Bulan Dakwah (Sampaikanlah mesej Islam yang sebenar kepada mereka yang belum Islam).

Satu lagi perkara utama yang perlu kita perhalusi, kita sesama Muslim, BERSATULAH,  BERSATULAH, BERSATULAH atas nama satu Tuhan, atas nama satu Bahasa (Arab), atas nama satu Buku (Al Quran)!!

Allah pasti berkati usaha kecil kita ini. Sebarkanlah mesej ini. aamiin.




Say (O Muhammad SAW): "I warn you only by the revelation (from Allah and not by the opinion of the religious scholars and others). But the deaf (who follow the religious scholars and others blindly) will not hear the call, (even) when they are warned [(i.e. one should follow only the Quran and the Sunnah (legal ways, orders, acts of worship, statements of Prophet Muhammad SAW , as the Companions of the Prophet SAW did)]. And if a breath (minor calamity) of the Torment of your Lord touches them, they will surely cry: "Woe unto us! Indeed we have been Zalimun (polytheists and wrong-doers, etc.)"

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat). Dan demi sesungguhnya, jika mereka disentuh oleh sedikit sahaja dari azab Tuhanmu, sudah tentu mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami! Sebenarnya kami adalah orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)!"

  
Subhanallah, those verses is from Chapter 21; al-Anbiya' suddenly was chosen by my youngest son Mar'ie Muhammad, 3 years old just now, ask me to read. Then, I try to search the meaning. I am really impressed, afraid of azab Allah, and feel I need to do something to be more better Ummi for my kids and family. Aamiin, aamiin Ya Robbal 'aalamiin.


Allahu'alam.
Allahummasolli'ala Muhammad.


~anamusafirminitaly~

Ummu Mar'ie @MYNA

15 Ramadhan 1435H

Saturday 12 July 2014

Who is the coward or dayus? Siri IV

(Surah al-Anbiya', 21: 47)


PUISI INDAH PEMBANGUN UMMAH

GAZA..
AKU, BURUNG ABAABIL.

Untuk sesuatu perkara itu berhasil, ia adakala tidak hanya cukup dengan doa.

Usaha + doa + tawakkal = Hasil
Formula yang bukan canggung, dititip zaman.

Adakala kita mencemuh diri sendiri.
Apa boleh aku bantu untuk mereka?
Berdoa sahajakah?
Cukup..?

Jadilah persis Burung Abaabil.

Kecil.
Namun, gagah.

Kecil.
Namun, impaknya besar.

Setiap usaha,
Sekecil zarah,
Allah tidak pernah leka menghitung.
Yang di kiri dan kanan,
Tidak pernah berhenti menitip.

Maka,
Apa alasan untuk tidak lebih berusaha selain doa?

Jom,
Sama-sama kita USAHA.

Jom,
Sama-sama kita kata..

AKU. BURUNG. ABAABIL.

Solidarity for Gaza.
dari Ummu Aufa dan Amsyar (FB: Baiti Abdullah)

Coretan saya:
Puisi ini ditulis oleh Sahabat baik saya di UK. Beliau anak beranak merupakan aktivis tegar sentiasa bersemangat dan berjuang kerana Allah. Hayatilah puisi dari hatinya. saya sendiri cukup terkesan. Allahu Akbar! Lihatlah dan saksikanlah, Kami rakyat Malaysia tidak kira walau dimana sahaja tetap akan bersamamu GAZA. kerana Gaza, Palestin, Jurusalem juga bumi Allah bukan bumi milik ISRAEL semata-mata. INGAT ITU!


Apa agaknya bentuk sumbangan kita? Apa-apapun boleh sebenarnya. 

Contoh 1:-
Contoh 2:-
 1. Save gambar yang dilampirkan.
2. Print. (sebaik-baiknya berwarna)
3. Tampal di atas tin biskut.
4. Letak di sudut pejabat, masjid, pertemuan keluarga dan majlis berbuka puasa.
5. Setelah tempoh tertentu, bank-in duit ke akaun yang disediakan.
6. Surat kerjasama From Gaza With Love dengan NGO tempatan disediakan sekiranya perlu.

Lebih mudah daripada menembak roket, menjunjung senjata atau mengorbankan anak tersayang mati di jalanNya. Namun pahala yang sama kita dapat. Kerana Nabi S.A.W ada menyebut bermaksud,
"barangsiapa yang menyediakan persiapan untuk perang di jalanNya, maka baginya pahala yang sama seperti mereka yang berjuang."


Sumber dari From Gaza With Love 
dan ikuti juga Bazar Ramadhan Gaza 

NGO ini diusahakan oleh siswa Syariah Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, satu-satunya pelajar Malaysia di Universiti Gaza kini. Beliau adalah adik lelaki saya, adik kita semua juga berjihad untuk menuntut ilmu di bumi Gaza.

Kalau tak langsung terfikir atau ambil kisah dengan nasib anak-anak dan wanita di Gaza, paling-paling ketahuilah kita ada rakyat Malaysia yang sedang menuntut ilmu di sana.

Mudah-mudahan kita tidak menjadi penyumbang senyap yang menghantar peluru untuk membunuh bukan sahaja rakyat Gaza tapi rakyat kita sendiri.

Mohon dibaca (klik): Luahan hati dari adik kandung beliau, Musa Nuwayri. Bacalah


Terjemahan dari Surah al-Anbiya', 21:47


"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya (untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung."

Allahu'alam.
Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.


~anamusafirminitaly~ 
Ummu Mar'ie @MYNA
14 Ramadhan 1435H

Friday 11 July 2014

Who the coward or dayus? Siri III



PUISI INDAH PEMBANGUN UMMAH


Zionist menyangka dengan membunuh anak-anak Gaza, Palestin, ibu-ibu serta bapa-bapa mereka, maka berkuranglah populasi penduduk.

Berkurangnya populasi maka, proses melebarluaskan pendudukan haram Zionist Laknatullah di bumi yang diberkahi Allah itu pada jangkaan mereka, menjadi mudah.

Kembali memiliki 'Bumi yang dijanjikan' yang menjadi agenda sejak peristiwa Nakbah 1948, seolah menghalalkan apa jua usaha mendapatkan hak pendudukan.

Wahai Zionist,
Korbankanlah seramai mungkin yang engkau mahu di Gaza/Palestin itu.

Kerana ini..
sememangnya sudah sunnatullah.

Wahai Zionist,
Korbankanlah semua anak-anak kecil yang tidak berdosa itu.

Supaya kelak..
tiada lagi yang bangkit membela tanah yang barakah.

Jangan gusar.
Jangan gelisah.
Mereka mungkin tidak dapat membela.

Beribu lagi 'anak kecil Palestin' sedang bangkit di seantero dunia.
Mereka cakna.
Mereka sedar.
Mereka sedang melengkapkan diri mereka dan sahabat-sahabat mereka.

Maka,
Jangan lupa..
Ini juga sunnatullah.

Bangkitnya Salahuddin Al-Ayyubi mengembalikan Palestin setelah 97 tahun di tangan 'The Crusaders'.

66 tahun telah berlalu.

Tidak kurang lamanya lagi, wahai Zionist.
31 tahun sahaja lagi.
Dengan rahmat Allah, mungkin engkau tidak sempat melihat angka ini.

Pembela persis Salahuddin, bakal bangkit.
Bangkit membela Bumi yang Dijanjikan Allah swt kepada Ibrahim, Musa, Daud, Sulaiman, Yaa'qub, Yussuf, Isa dan Muhammad s.a.w.

Siapa mungkin yang menjadi Pembela persis ini?

Anak kita..
Ya, anak-anak kita..

Siap sediakanlah..!

Solidarity for Gaza.

Ummu Aufa dan Amsyar

Coretan saya:
Puisi ini ditulis oleh Sahabat baik saya di UK. Beliau anak beranak merupakan aktivis tegar sentiasa bersemangat dan berjuang kerana Allah. Hayatilah puisi dari hatinya. saya sendiri cukup terkesan. Allahu Akbar! Lihatlah dan saksikanlah, Kami rakyat Malaysia tidak kira walau dimana sahaja tetap akan bersamamu GAZA. kerana Gaza, Palestin, Jurusalem juga bumi Allah bukan bumi milik ISRAEL semata-mata. INGAT ITU!

~anamusafirminitaly~ 
Ummu Mar'ie @MYNA
13 Ramadhan 1435H

Thursday 10 July 2014

Who is the coward or dayus? Siri II

From Gaza: War Stories.
 
A mother received a call from an unidentified man. The Man asked her a few questions:
Man: "Auntie, do you have a son?"
Mother: "Yes, I have three, why?"
Man: "I want to talk to the eldest son, is he there?"
Mother: "I am sorry, my eldest son was already a martyr six months ago."
Man: "Oh, the second son is there, I want to talk to him, this is so urgent!"
Mother: "Excuse me, sorry again, my second son last week also martyr."
Man: "How about the third son?"
Mother: "Yes, he is just 14 years old. He was playing outside. If he returned home, I will asked him to call this phone number."
Man: "Auntie, Israel actually has just exploded building across the street with a rocket. Your youngest son also martyr, we found your phone number in his phone."
speechless... 

Translated from Malay language just for my foreigner's friends.
taken from FB From Gaza With Love
 

 

"Do you (faithful believers) covet that they will believe in your religion inspite of the fact that a party of them (Jewish rabbis) used to hear the Word of Allah [the Taurat (Torah)], then they used to change it knowingly after they understood it" 
 (al-Baqarah, 2:75)



Malay
"(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?"
(al-Baqarah, 2:75)



*********************************************


Cerita Perang Gaza ->
Seorang ibu menerima panggilan daripada lelaki yang tidak dikenali. Lelaki bertanya,
"Makcik, makcik ada anak lelaki tak?"
Ibu tua menjawab, "Ada, tiga orang, kenapa?"
"Saya nak bercakap dengan anak lelaki yang sulung boleh?"
"Maaf, anak lelaki sulung dah syahid enam bulan lepas."
"Oh, anak lelaki kedua ada, saya nak bercakap dengannya, hal penting ni!"
"Maafkan saya, anak lelaki kedua saya juga baru syahid minggu lepas."
"Anak ketiga?"
"Ada, tapi umurnya baru 14 tahun, dia tengah main di luar, nanti dia pulang saya minta dia telefon ke nombor ini."
"Ibu, sebenarnya Israel baru sahaja letupkan bangunan di seberang jalan dengan roket. Anak bongsu ibu syahid sekali, kami jumpa nombor ibu ni di telefonnya." 

Allahummasolli'ala Muhammad.

~anamusafirminitaly~
Ummu Mar'ie @MYNA
12 Ramadhan 1435H
10 July 2014M

Wednesday 9 July 2014

Who is the coward or dayus? Siri I

Bismillahi-ar-Rahman-ar-Rahiim...


Salam Ramadhan Kareem
Fasting Day 11:
al-Quranul Kareem
Translation Chapter al-Jumu'ah, 62:6-7.
(Allah telah terangkan SIAPA GOLONGAN BACUL & DAYUS)

(Muhsin Khan)
6) Say (O Muhammad SAW): "O you Jews! If you pretend that you are friends of Allah, to the exclusion of (all) other mankind, then long for death if you are truthful."
7) But they will never long for it (death), because of what (deeds) their hands have sent before them! And Allah knows well the Zalimun (polytheists, wrong-doers, disbelievers, etc.).

(Italian)
6) Di': «O voi che praticate il giudaismo, se pretendete di essere gli alleati di Allah, ad esclusione degli altri uomini, auguratevi la morte, se siete veritieri».
7) Giammai se lo augureranno, a causa di quel che hanno commesso le loro mani. Allah ben conosce gli empi.

(Malay)
6) Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!"
7) Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.


Sumber rujukan: http://quran.com/62

Nota saya:
Sedang ambil mood, Gaza sedang dibedil. Apalah agaknya sumbangan saya. :((
Ayat Allah memang sentiasa terbaik dan sangat jelas serta mudah difahami, oleh orang-orang yang beriman. Melihat kepada keadaan semasa, mereka YAHUDI (Israel zionis), nampaknya sangat jelas takut kepada kematian, dan suka kepada membunuh orang lain. Terbukti sudah dari kalam Allah, siapa yang kafir laknatullah dan siapa pula yang Mukmin kekasih Allah. Sungguh sedih dan hiba rasa hati ini mengenangkan nasib saudara saya yang diinjak-injak maruah mereka walau dimana sahaja. 

Marilah kita bersama-sama doakan mereka, agar Allah menambah pahala ke atas penderitaan mereka dan akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik (dari penderitaan ini). Manakala, doa buat orang-orang zalim  (ingkar dan sesat) yang Allah sudah 'SUMPAH' neraka akan kekal milik mereka, marilah kita membaca doa qunut nazilah. Hanya doa ini sahaja sesuai buat mereka yang zalim. Senjata kita umat Islam. Allahu'alam.


~anamusafirminitaly~
Ummu Mar'ie @MYNA
11 Ramadhan 1435H
9Julai 2014M

Tuesday 8 July 2014

Kupohon Barakah di Hari Lahirmu.


Today is 8 July 2014.
My Birthday Solehah Girl, name Ainul Mar'iyah Bt Norshamsuri. (^_^)


Sanah Helwah, Buon Compleano, Otanjoubi omedeto, Happy Birthday dan Selamat Hari Lahir.

Puisi buatmu
Ainul Mar'iyah,
Seorang anak yang kecil saiznya. Orang kata kecil-kecil cili padi.

Ainul Mar'iyah,
Seorang anak yang sangat petah berkata-kata. Petahmu biarlah seperti Serikandi Nailah al Farafishah isterinya Amirul Mukminin Uthman Bin Affan.

Ainul Mar'iyah,
Seorang anak yang sangat aktif dan bijak. Biarlah aktifmu dan bijakmu seperti Saidatina Siti Khadijah isterinya Rasulullah SAW.

Ainul Mar'iyah,
Seorang anak yang sangat manja dan suka dimanjakan. Teringat kepada manjanya Isteri kedua Rasulullah SAW Saidatina Aisyah bt Abu Bakar.

Ainul Mar'iyah,
Seorang anak yang pandai mengambil hati ummi dan abah. Bermanis mulut adalah tabiat semulajadi dirimu. Asma' bt Abu Bakar Serikandi Muslimah adiknya Aisyah anaknya khalifah Allah yang pertama. Pandai mengambil hati ayahnya dan menjaga makan minum Nabi dan Abu Bakar as-Siddiq ketika mereka berdua menyorokkan diri di Gua Hira' daripada musuh Allah.
 

Sesungguhnya,
Apalah lagi ummi dan abah mahukan?
Nikmat dari Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Ummi sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirimu di dunia & akhirat.
Maafkan Ummi ya Nak. Banyak rasanya dosa ummi padamu Nak.

Ummi kurang perhatian, ummi kurang belai dirimu, ummi selalu berkasar padamu.
Maafkan Ummi ya Nak. Ummi sayu, ummi hiba, Ainul tetap sayangkan Ummi.
Terima kasih Ainul Mar'iyah. 

Ummi juga sayangkan kamu.

with lots of love till Jannah.
Ummi & Abah



**********************************************
Special wishes from someone special to Ainul Mar'iyah. His Uncle Umer Farooq. Also the first wish come for his beloved princess yesterday.


"Alhamdulillah, Ainul Princess will now 6 years old. Last year her birthday was also in Ramazan. Mashallah she is very intelligent and caring princess. She advised to her father do not talk during driving the car, and at home also she one time suggest to her father to put date bone in the dustbin. Do not throw like kid. Mashallah she is very intelligent princess. Allah make her a source of Jannah for your family and parents." Ameen
"Allah make an easiness for you and your family." Ameen and "Bless you more." Ameen

********************************************
Ini pula ucapan istimewa dari Sahabat baik ummi Kak Mernie.

"Muka ainul dari baby macam sama ja sampai sekarang. hehe..tapi sekarang sudah jadi bidadari cantik yang solehah. Mudah2an membesar dengan sihat dan sentiasa menjadi penyejuk mata yang terpelihara dunia akhirat. Happy birthday little princess." 

Terima kasih juga yang mendoakan dari kejauhan. Thank you also to all of you who pray for her. We are really appreciate it. May Allah give His bless to everyone. (^_^)


Salam Ramadhan Kareem.
Jazakumullahu khairu jazak.

~anamusafirminitaly~
Ummu Mar'ie @MYNA

 

Saturday 28 June 2014

Perlukah mencipta Blog? Siri II

pandangan peribadimu guruku*wink*

Bismillah..

Tarikh Tulisan dikongsi: 15 Jun 2014
Oleh : Hajar (Hajrun Sasuke) si Jururawat Cerdas.
Testimoni: Dia adalah adik angkat yang punya cita-cita yang sama seperti saya. Tak lokek dan sentiasa memberi inspirasi.
---> pssst, satu lagi rahsia, punya semangat tak semangatnya adik saya ini, azam yang diperam selama setahun, 2013. Akhirnya, sampai juga jejakkan kaki ke rumah saya di Camerino, Italy awal tahun 2014. 

(dengan sedikit editing)
Ini pendapat saya ya...
  • Apakah tujuan blog?
Blog boleh menjadi tempat koleksi di alam maya.
atau boleh menjadi seperti diari, tapi bersifat sesuatu yang boleh dikongsi dengan orang ramai (anyone can read).
Blog adalah ruang catatan pengalaman hari-hari supaya tidak lupa.
Fb bersifat sementara sebab dia 'keep updating' segala cerita baru manusia seluruh dunia.
Manakala, blog bersifat macam manuskrip, buku yang kita boleh rujuk bila-bila kita mahu.

  • Bagaimana mahu mulakan berblog?
Kalau mahu mula menulis tidak perlu menjadi 'perfectionist', tapi cukuplah menulis sesuatu yang lahir dari hati.
Niat dan fokuskan kepada perkara yang mahu kita sampaikan.
Saya percaya sesuatu yang lahir dari hati akan sampai ke hati.
"Kadang-kadang sebab mahu 'pedo' sangat ayat, buatkan kita hilang fokus kepada perkara yang nak disampaikan. Akhirnya, maksud tak sampai" ----> ala-ala bahasa pasar.
'Just be yourself' dan tulis sahaja apa yang terdetik di hati. (^_^)

 Gambar diambil di dewan makan pelajar (mensa Unicam), Italy pada 14 Februari 2014 (Jumaat).

Those tips taken from dear Sis Hajar. Barakah Allah buatmu dik. Grazie mille. (^_^)

~anamusafirminitaly~
Ummu Mar'ie @MYNA   

Friday 27 June 2014

Perlukah mencipta Blog? Siri I

pandangan peribadimu guruku*wink*

Bismillah..

Tarikh Tulisan dikongsi: 18 Mei 2014
Oleh : Hafizah si Penjahit Hebat
Testimoni: Dialah antara sahabat yang punya cita-cita yang sama seperti saya.

(dengan sedikit editing)
Salam... selamat pagi...
Tentang pertanyaan kak Alin samada perlu atau tidak 'create' blog @ fanpage fb...

1) Ini pandangan saya:
Saya rasa memang perlu sangat 'create' blog. Tapi janganlah cerita macam sebuah diari tu. Macam kebanyakan orang. Cuba kita tengok blog orang yang hebat-hebat. Teknik penceritaan depa tu lebih kepada perkongsian ilmu @ 'memberi'. Guna bahasa yang standard. Perkataan penuh.

  • Bagaimana mahu 'market'?
Memang manusia ini seronok apabila menerima sesuatu. Justeru, apabila kita mula memberi, mereka  akan datang lagi.
Untuk permulaan memang susah untuk tarik orang.
Mulakan kongsi dengan saudara dan rakan-rakan terdekat dulu.
Kongsi di fb dulu macam kak Alin sudah buat.
Dalam masa yang sama 'update' blog.
At least, sudah ada 4-5 post baru 'promote' blog kita. Baru orang nampak kredibiliti dan integriti kita..

  • Bagaimana mahu promosi di FB?
Kita tulis ringkasan maklumat dari blog di fb dan sekalikan letak link post tersebut. Lama-lama orang akan tahu kewujudan blog tersebut dan nanti ada followernya.

  • Bagaimana mahu design blog?
Mahu design blog perlu 'depends' kepada pembaca. Pembaca suka yang bagaimana.
**Boleh minta pendapat pembaca.

  • Bagaimana mahu tarik orang membaca?
Pelbagaikan bentuk perkongsian. Bukan isi berlainan, tetapi cara penyampaian berbeza.
Kadang kita tulis panjang, kadang tulis 1 ayat sahaja, kadang letak gambar, dan terkadang letak video supaya tidak rasa bosan.

Untuk blog, kita kena fokuskan apa yang mahu dikongsi?
Bidang mana kepakaran kita @ bidang mana kita mahu pakar?
Elak jadi blog carca-merba. Ikut passion kita.
  • Bagaimana mahu tarik follower lagi?
Beri lagi! Kali ini buat e-book.
Untuk permulaan, buat 'simple' dulu, lama-lama nanti buatlah 'updated version' atau bersiri.
Siapa yang mahu e-book kena 'subscribe' emel.
Selepas dapat emel pembaca, tersangat penting database ini. Setiap kali ada post baru, mereka akan tahu.
Nama blog juga penting.
Terlebih baik menggunakan nama sendiri. Nama itu adalah jenama kita.
Lama-lama orang akan mengenali kita dengan nama tersebut.

Allahu'alam...**nanti saya sambung lagi**

Those tips taken from dear Sis Hafizah Salleh. Barakah Allah buatmu. (^_^)

Catatan pengembara dari bumi Italy
Ummu Mar'ie @MYNA