Tujuan Menulis

Tujuan menulis mahu merebut redha Allah dan redhanya suami. Selain itu,mahu meneladani saranannya as-syahid Syed Qutb yang berbunyi,"Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan dapat menembusi ribuan malah jutaan kepala."

Mudah-mudahan, travelog ini mampu menjadi perintis kepada budaya mengarang berbentuk travelog di kalangan Wanita Melayu khususnya. Kerna kita wanita mampu menggoncangkan dunia, hanya melalui tulisan. Ini MISI saya, biizni Allahu ta'ala.

Mudah-mudahan juga, perkongsian travelog pengalaman ini mampu menjadi asbab kepada seseorang, alangkah nikmatnya dan indahnya hidup apabila mengamalkan Agama. Doakan VISI saya ini berjaya. Terima kasih.

Selamat membaca dan selamat berkongsi rasa.

Friday 13 November 2015



BAHAGIAN 1

 “Semasa anda tidak menutup Aurat, Anda dipandang dengan penuh nafsu.


Selepas anda menutup Aurat, anda dipandang dengan penuh kehormatan.


Itulah Penghijrahan.”

 

               (Gambar: Bersama anak sulung sekitar 2009)


  Bismillaahirrohmaanirrohiim..


“Bagaimana mahu kumulakan tulisan perkongsian ini ya? Ya Allah, payahnya bila mahu berbuat baik kerna makhluk Allah yang satu itu mana suka kita nak buat perkara baik. Argh, biarkan dia sesungguhnya Aku berlindung daripada Syaitan yang direjam! Aku mesti bulatkan tekad untuk berkongsi dengan seramai yang boleh akan perkara baik ini. Itu azamku.” Aku bermonolog sendiri lagi.

Selalunya begitulah yang terjadi bila datang ‘mood’ mahu menulis. Allahu Allah, di dalam kepala ini banyak sungguh mahu bercerita kisah pengalaman sendiri tentang Tudung atau Hijab ini. Akhirnya, tinggal dalam minda sahaja dek tangan belum mampu menulis. (^_^)

Maka kubulatkan azam demi Sunnah Ya Rasulullah iaitu:-

      a) Mengekalkan Akhlak Yang Baik
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”
 
(Riwayat at-Tarmizi)
  
b) Jangan Kedekut Memberi Ilmu
         Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” 
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Alhamdulillah wa Astaghfirullah,

Akhirnya, hari ini saya mampu memulakan dengan izin Allah dan dengan keazaman yang tak putus mahu berkongsi cerita tentang KISAH AKU DAN TUDUNG LABUH.


Eloklah saya mulakan dengan pemahaman dari kalam Allah yang mana tanpanya juga, berkemungkinan saya akan hilang arah dan tidak tahu APAKAH TUJUAN SEBENAR KITA berHIJAB atau berTUDUNG

 1)      Allah ada berfirman di dalam Surah Al-A’raaf ayat 27;

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: `Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Ulasan saya: Dari terjemahan ayat di atas, maka fahamlah saya bahawa Allah telah pun memberi peringatan kepada kita semua supaya menjauhi dan tidak menurut segala tipu daya Syaitan. Dan rupanya Syaitan ini telah memulakan ‘misinya’ untuk menyesatkan anak-anak Adam dipermulaan penciptaan Manusia oleh Allah lagi. Dan lagi mengGERUNkan saya ialah orang yang tidak beriman ini, teman rapatnya ialah Makhluk Allah yang diperbuat dari api itu. Na’uzubillaahu min zaalik.
  
2)      Allah ada berfirman lagi di dalam Surah An-Nur ayat 30;

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ulasan saya: Jelas dari ayat ini, menjaga Aurat ini juga menjadi tuntutan kepada kaum Adam (Lelaki). Bukan sahaja hanya penekanan kepada Kaum Hawa (Wanita) sahaja. Namun, dalam masyarakat umum kita sudah terbiasa lebih memfokuskan Aurat Wanita sahaja, sedangkan Lelaki juga turut sama memberi sumbangan dalam menjaga maruah diri dan maruah saudara perempuannya.
  
3)      Seterusnya, Allah juga ada berfirman lagi di dalam Surah An-Nur ayat 31;

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ulasan sayaMasha Allah, inilah bahagian yangSANGAT KRITIKAL buat saya sebenarnya. Seringkali saya terlupa dan terkeliru apabila berhadapan disituasi betul-betul dihadapan orang-orang yang saya kenali. Allahu Allah. Masalah kita selalunya ialah apabila kita tidak bersalam atau berlari untuk pakai tudung apabila saudara mara  kita datang; seringkali pandangan mata masyarakat umum akan kata anak muda sekarang tidak sopan, tidak ada adab, kurang ajar kerana memalukan atau menjatuhkan air muka orang yang lebih makan garam!

Allahu Allah, ketahuilah bahawasanya anak muda golongan SYABAB kini adalah generasi Y yang sudah mahu ambil tahu, mahu belajar dan mahu terus tanpa buang masa praktikkan ilmu dari Allah yang dia sudah tahu. Ini kerana kita tidak mahu tergolong dalam golongan yang pernah disebut oleh Nabi kita Nabi Muhammad (SAW) iaitu; (Seperti dalam perbincangan saya dengan kawan saya dari India baru-baru ini)

Rasulullah (SAW) said, “This is the season where knowledge will be snatched away from people, until they would not possess any of it”; meaning, the people would turn away from the Qur’an, its teachings and the Sacred Knowledge. They would not show any eagerness to attain it, nor would they understand it. Ziyad bin Labid al-Ansari said with all zeal, “O Messenger of Allah, how can it be snatched away from us? We have read the Qur’an! By Allah, we will continue to read it! We will make our wives and children read it!”
Rasulullah (SAW) then replied, ‘The Jews and the Christians have the Torah and the Gospel. How has it benefited them?”

(Sahih – narrated by al-Tirmidhi and al-Hakim) 

Meaning, it is not the presence of the Qur’an that matters. What matters is its recitation, the knowledge of its meanings, and then acting on its rulings.

Wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan MAHRAM. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain / BUKAN MAHRAM. Setelah pembacaan dibuat dan yang saya betul-betul faham ialah setelah kita kenalpasti Mahram kita, wanita dibolehkan bersalaman, berkenderaan, dan bermusafir bersama mahramnya. 

JUSTERU, antara persoalan yang perlu ada dalam minda wanita yakni kitalah ialah: Apa makna Mahram dari sudut Bahasa dan Istilah? Siapakah Mahram bagi kita? Apakah batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram? Sukalah saya untuk mengajak semua Rakan dan Sahabat Wanita Bidadari Syurga Allah yang saya kasihi sekalian untuk sama-sama membaca, memahami , menghafal dan mempraktikkan dalam pergaulan kehidupan seharian mulai saat anda terdetik MAHU BUAT PERUBAHAN!

 Sebagai bantuan rujuk:-
  
Rujuklah tulisan dari blog tersebut kerana saya dapat ilmu tentang MAHRAM dan AURAT di situ. Penulis menerangkan dengan cukup lengkap merangkumi huraian dari Ayat Al Quran, diterjemahkan dan diriwayatkan oleh sabahat di zaman Nabi dan sangat mudah difahami.
  
Video menerangkan Mahram Hubungan Tali Kekeluargaan.

Wal Hasil, saya sudah faham betul siapa Mahram saya dan dengan siapa saya tidak boleh bersalam. Dengan ini, harapan agar apabila ilmu disebar, dengan sendirinya segala ‘fitnah’ dapat di atasi dan saya, juga kita semua tidak disalah anggap menjatuhkan maruah sesiapa. Wah, harmoni rasanya kan? 

Alhamdulillah, Berjaya juga saya akhiri untuk Bahagian 1 ini.

In shaa Allah, saya akan sambung ke Bahagian II, untuk berkongsi bagaimana saya berhijrah dari tudung bidang biasa 45’ ke bidang 60’ dan seterusnya ke Tudung Labuh bulat.  Saya akan dedah rahsia, bagaimana dan kenapa  Suami saya Jatuh CINTA Pandang Pertama kepada saya?  Yang lagi Surprise, bagaimana saya boleh ‘terjebak jatuh cinta dengan Tudung Nur?' Bagaimana baru kenal terus jadi Pengedar mereka?


Jeng, jeng, jeng…The Journey of Hijab will be continue….(^_^)

Perkongsian Ikhlas,
~Ummu Mar’ie~
20 Sya’aban 1434H
29 Jun 2013M
Dari Bumi Allah, Italy.